Cari Blog Ini

Isnin, 7 Februari 2011



MACAM MANA YE SAYA NI ye? -IRWAN HADZLY BIN ABD RAHIM


ADA ORANG KATA SAYA BODOH.
TERIMA KASIH, SEBAB ORANG YANG PANDAI SEBENARNYA DIA AKAN MERASA DIRI DIA SEMAKIN BODOH APABILA SEMAKIN BANYAK ILMU. APAKAH SAYA SEMAKIN BANYAK ILMU?

ADA YANG KATA SAYA CAPANG, RAMBUT KERAS, BONGKOK. SEBENARNYA, SEBESAR MANA TELINGA SAYA, BESAR LAGI HARAPAN ORANG YANG INGINKAN KEJAYAAN SAYA. BIAR LA ORANG CAKAP TELINGA SAYA PIRING ASTRO SEBAB HARAPAN KEPADA MEREKA SANGAT KECIL. PEREMPUAN PON SUKA LELAKI BERTELINGA BESAR, BARU KACAK. ADA KATA RAMBUT SAYA KERAS, MESTI TAK BOLEH BUAT RAMBUT MACAM CRISTIANO RONALDO. FAKTA SEBENARNYA, SEKERAS MANA RAMBUT ITU, SEKERAS ITULAH USAHA YANG SAYA USAHAKAN UNTUK BERJAYA SEBAGAI SEORANG HAMBA, ANAK, PELAJAR, PEMIMPIN DAN SEANGKATAN DENGANNYA. ORANG YANG TETAP PENDIRIAN JIWANYA KENTAL, BUKAN MACAM ORANG YANG TAK ADA PENDIRIAN, LANGSUNG TAK ADA NILAI. MANA ADA SAYA BONGKOK. SEBENARNYA KALAU ORANG KATA KITA BONGKOK BUKAN SEBAB KITA TUA, SEBENARNYA KITA DILIHAT BERPENGALAMAN. PENGALAMANLAH YANG MENJADI TANDA ARAS SESEORANG UNTUK MENILAI BAIK BURUK SESUATU PERKARA. KALAU DAH ADA PENGALAMAN, MEMANG HEBAT LA KIRANYA KITA NI. KIRA PENDAPAT KITA DIDAHULUKAN, PANDANGAN BERNAS DARI KITA DIUTAMAKANLAH.

ADA ORANG KATA SAYA KURANG 'HANDSOME', TULISAN BURUK PULAK TU. SEBENARNYA ORANG TU DENGKI KITA. KALAU TAK 'HANDSOME' TULISAN BURUK, MACAM MANA LA GAMBAR KITA BOLEH MASUK MAJALAH SIAP DENGAN ESEI YANG KITA TULIS LAGI KAT MAJALAH FOKUS SPM 5\2008\CETUSAN PENDAPAT, SATU MUKA PENUH PULAK TU. MUKA SAH 'HANDSOME' SEBAB MASUK MAJALAH TULIS MESTI TERBAIK SEBAB EDITOR BOLEH BACA. ORANG YANG KATA TU SEBENARNYA NAK JADI 'COVER' DEPAN AKHBAR TULISAN JAWI TAPI BELUM KESAMPAIAN KOT? KESIAN KAT DIA.

ADA ORANG KATA SAYA JADI PEMIMPIN SEBAB 'BODEK' CIKGU DAN SAYA TAK ADA KELAYAKKAN.
ORANG MACAM NI SEBENARNYA KURANG PENGETAHUAN AGAMA. ALLAH TAKKAN BERATKAN SESEORANG DENGAN APA YANG DIA TAK MAMPU. KALAU LA SAYA SUKA 'BODEK' CIKGU, KENAPA ANTARA CIKGU YANG NAK LANTIK SAYA MASA TU SECARA SPONTAN BERTANYA KEPADA SAYA "KAMU KENAL TAK IRWAN HADZLY, SURUH DIA JUMPA SAYA SEKARANG KAT BILIK GURU." TAKKAN CIKGU TU NAK BERLAKON PULAK, CIKGU PON TAK KENAL KITA MANA MUNGKIN SAYA TELAH MEMBODEK CIKGU. SAYA MASA JADI PENGERUSI PENGAKAP PON, ATAS KIRAAN UNDI. JADI KEPADA SESIAPA YANG HEBAT SANGAT, JOM BERTANDING DGN SAYA DI PARLIMEN KULIM. KALAU SETAKAT KRITIK SAJA, LEBIH BAIK MASUK RANCANGAN REALITI TV "ONE IN A FITNAH" ATAU "MALAYSIAN FITNAH IDOL". MUNGKIN ANDA PEMENANG YANG CARI.


ADA ORANG BAGITAU SAYA DIA BENCI SAYA
. HAHAHA...DIA TAK TAU KA? BERGEMBIRALAH KALAU 10 ORANG TAK SUKA KAT KITA, SEBAB LUAR DARI SEPULUH ORANG MESTI ADA YANG SAYANG DENGAN KITA, TAPI KALAU SEPULUH ORANG SUKA KITA, KETAHUILAH LEBIH DARIPADA ITU YANG MEMBENCI KITA. SAYA KALAU JUMPA SENIOR ATAU JUNIOR MESTI SEMUA KENAL, ORANG YANG BERKENAAN LINTAS DEPAN MATA PON ORANG BUAT TAK TAU KAT DIA. MORAL OF THE STORY, SUKA BENCI, SAYANG, 'MELUAT' SERTA CINTA ITU SUATU YANG SUBJEKTIF. KESIAN KAT DIA, RUPANYA ORANG TAK INGAT LANGSUNG KAT DIA.

KADANG-KADANG ADA YANG KELUARKAN KATA-KATA KESAT SIAP ISYARAT LUCAH LAGI SEBAB MARAH. WOI..... RASA LA BERDOSA SIKIT DALAM DIRI. NI SAMPAI MENCARUT TU DAH JADI DARAH DAGING. NABI TAK AJAR BENDA MACAM NI, UMAT APA NI? KURANG AJARAN AGAMA ATAU IKUT AJARAN SESAT? BAHASA ITU MENCERMINKAN PERIBADI. KALAU ORANG KATA KAT KITA KATA-KATA YANG KASAR BUAT TAK TAHU SAJA SEBAB DIA TENGAH MENDEDAHKAN KEAIBAN PERIBADI DIA YANG BURUK DIDARABKAN DENGAN DOSA SAMA DENGAN API NERAKA. KATA KAT ORANG RUPANYA BERBALIK KAT DIRI SENDIRI.

2 ulasan:

cikbella berkata...

singgah sini....

cikbella

Tanpa Nama berkata...

boleh tahan awk ni