Cari Blog Ini

Selasa, 8 Februari 2011

IBNU FIRNAS- 'MANUSIA TERBANG'





IBNU FIRNAS- 'MANUSIA TERBANG'
RIWAYAT HIDUP:-
Ibnu Firnas atau nama sebenarnya, Abbas Qasim bin Firnas dilahirkan di Ronda, Sepanyol pada tahun 810 M dan meninggal dunia pada tahun 887 M. Dia dikenal sebagai orang Barbar yang ahli dalam bidang kimia dan memiliki daya kreatif dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi pada waktu itu. Beliau gemar bermain alat muzik dan mengarang puisi. Beliau hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Umaiyah di Sepanyol ( Andalusia). Kehidupan Ibnu Firnas adalah sezaman dengan masa kehidupan pemuzik Iraq, Ziryab. Pada tahun 852 M, di bawah pemerintahan khalifah baru, Abdul Rahman II, Ibnu Firnas membuat pengumuman yang menghebohkan warga Cordoba ketika itu bahawa beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan `sayap' yang dipasangkan di tubuhnya. Tetapi akibat sedikit kesilapan dalam ciptaannya kali ini menyebabkan kecederaan yang agak parah kepada beliau. Beliau tidak dapat meneruskan percubaan penerbangan untuk kali yang berikutnya. beliau mula menumpukan pemerhatian dalam bidang lain. Sayang, tidak lama setelah itu, tepatnya pada tahun 888 M, Ibnu Firnas wafat dalam keadaan berjuang menyembuhkan cedera belakang yang dideritanya akibat kegagalan melakukan pendaratan pesawat terbang buatannya.




PENEMUAN LAIN:-
Salah satu penemuannya yang terbilang amat penting adalah pembuatan kaca silika serta kaca murni tak berwarna. Ibnu Firnas juga dikenal sebagai ilmuwan pertama yang memproduksi kaca dari pasir dan batu-batuan. Kejernihan kaca atau gelas yang diciptakannya itu mengundang decak kagum penyair Arab, Al-Buhturi (820 M - 897 M).Karya-karya baru pun bermunculan dari buah pemikiran Ibnu Firnas. mulai dari puisi, kimia, sampai astronomi, semuanya dipelajarinya dengan satu tujuan, iaitu mampu memberikan manfaat bagi umat manusia.Di antara hasil karyanya yang monumental adalah konsep tentang terjadinya halilintar dan kilat, jam air serta cara membuat gelas dari garam. Ibnu Firnas juga membuat rantai rangkaian yang menunjukkan pergerakan benda-benda planet dan bintang. Selain itu, Ibnu Firnas pun menunjukkan cara bagaimana memotong batu kristal yang saat itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Mesir.

PELANCARAN PENERBANGAN PERTAMA
Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, mencipta dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon selepas 500 tahun setelah Ibnu Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan.
Pada tahun 875 M, Ibnu Firnas telah membuat sebuah model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat lama tentang pesawat terbang.Setelah menyelesaikan model pesawat terbang yang dibuatnya, Ibnu Firnas mengundang masyarakat Cordova untuk datang dan menyaksikan hasil karyanya itu. Beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan sayap atau jubah tanpa lengan yang dipasangkan di tubuhnya.Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan melakukan penemuannya. Namun karana cara meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat terbang buatannya. Beliau pun mengalami cedera belakang yang sangat parah. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tidak berdaya untuk melakukan percubaan berikutnya.Ada catatan yang menyebutkan, Ibnu Firnas lalai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Beliau pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat terbang buatannya. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan beliau gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.Menara Masjid Mezquita di Cordova saat itu menjadi saksi bisu perwujudan konsep pertama pesawat terbang yang lahir dari pemikiran seorang muslim.
FAKTA TAMBAHAN:-
Philip Hitti seorang sejarawan Arab berkata: “Ibnu Firnas ialah orang pertama dalam sejarah yang mencipta ilmu pengetahuan tentang pesawat terbang.”
Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibnu Firnas, seribu tahun sebelum Wright.
Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina tugu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya dan abadi di salah satu kawah permukaan Bulan.
Hezarfen Ahmed Celebi merupakan manusia pertama berjaya terbang dalam sejarah. Dia hidup semasa zaman Sultan Murad II (Turki). Dia berjaya terbang menggunakan kanvas dari puncak menara Galata menyeberangi Selat Istanbul untuk ke Dataran Uskudar sejauh 3558m. Dia wafat pada 1640M dalam pembuangan di Algeria dalam usia yang muda.




Tiada ulasan: