JIKA KITA MENGETAHUI SEJARAH LAMPAU, UMPAMA KITA 'LAHIR' SEBELUM KITA DILAHIRKAN-IRWAN HADZLY
Cari Blog Ini
Sabtu, 7 Mei 2011
CERITA HARI IBU: "DIA MEMANG SEORANG IBU". SEMOGA ANDA MENIKMATI SYURGA YANG ABADI.
PETIKAN DARI MINGGUAN MALAYSIA.
KUALA KRAI 7 Mei - Seorang jiran melihat api menyambar bahagian belakang badan dan kepala Allahyarham Rafidah Ismail, 36, ketika wanita itu bertungkus-lumus mengeluarkan tiga anaknya dari dalam rumah mereka yang terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut Hasnah Mahmood, 34, yang sarat mengandung sembilan bulan, dia menyaksikan perkara tersebut ketika membantu mengeluarkan anak sulung mangsa, Rashidah Illyana Zamri, 7, iaitu yang terakhir dikeluarkan dari tingkap.
"Hanya Tuhan yang tahu dari mana datangnya kekuatan untuk Rafidah membengkokkan besi jeriji tingkap bagi mengeluarkan tiga anaknya itu.
"Ketika itulah saya nampak api sudah sambar belakang dan kepala arwah semasa dia mengeluarkan anaknya yang terakhir iaitu Rashidah.
"Anak pertama dikeluarkannya ialah yang bongsu diikuti anak keduanya. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya untuk menggambarkan suasana itu," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang wanita sanggup bergadai nyawa memecahkan kaca tingkap rumah dan mengumpul kekuatan membengkokkan jeriji besi untuk membolehkan tiga anak kecilnya keluar ketika kediaman mereka terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai.
Namun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, nyawa Rafidah, jururawat di Hospital Kuala Krai, menjadi galang gantinya apabila dia sendiri rentung setelah gagal menyelamatkan diri. Mayatnya ditemui dekat pintu utama rumah teres itu.
Ketiga-tiga anaknya, Rashidah; Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, selamat setelah disambut oleh jiran sebelah rumah dari tingkap kaca yang dipecahkan mangsa.
Hasnah yang merupakan guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berkata, ketika kejadian dia sedang memeriksa tugasan murid bersama anaknya di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah yang kuat dari rumah mangsa.
"Saya bergegas keluar ke rumah Rafidah untuk melihat apa yang berlaku. Rafidah dengan nada cemas berkata, tolong Kak Dah, rumah akak terbakar!
"Saya kemudian membantu dia mengeluarkan anaknya satu persatu. Saya hanya menyambut anaknya yang bongsu sedang dua lagi anak mereka boleh keluar sendiri dan saya hanya menarik mereka menjauhi rumah.
"Ketika itu saya cuba menenangkan arwah untuk mencari kunci rumah. Saya sempat minta arwah bertakbir dan bertenang namun dia tidak menemui kunci itu," katanya
NI BARU SATU CERITA, ADA BANYAK LAGI, ADA YANG TERPAKSA MASAK BANGKAI(JUMPA DI TEPI JALAN) UNTUK BAGI MAKAN UNTUK ANAK-ANAK( BUKAN DI M'SIA)
Langgan:
Catatan (Atom)