JIKA KITA MENGETAHUI SEJARAH LAMPAU, UMPAMA KITA 'LAHIR' SEBELUM KITA DILAHIRKAN-IRWAN HADZLY
Cari Blog Ini
Isnin, 7 Februari 2011
APA ITU KASIH -SAYANG -IRWAN HADZLY
Assalamualaikum...
bersyukur kehadrat Ilahi kerana untuk kesekian kalinya saya masih dikurniakan ilham untuk menulis bagi dikongsikan kepada seberapa banyak manusia yang mungkin membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini. Oleh yang demikian, saya akan cuba untuk “merakyatkan” atau menjadikan tulisan saya ini sebagai 'mesra pembaca'. Saya akan menggunakan bahasa mudah serta isu yang ringan dalam setiap penceritaan saya bagi sama-sama kita berfikir serta mengambil ilmu dan pengajaran daripadanya disamping memuhasabah diri kita sebagai hamba-NYA yang memiliki jiwa setiap daripada kita. Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah” Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Tarmidzi). Rasulullah saw. bersabda, “Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi.” Wahai Rasulullah, “Semua kami pengasih,” jawab mereka. Berkata Rasulullah, “Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin), tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia).” (H.R. Ath-Thabrani). Ditegaskan hadis Rasulullah saw., Laa tunza’ur rahmatu illaa min syaqiyyin. Rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan hanya dari orang-orang yang celaka.(H.R. Ibn. Hibban). Saya meletakkan di sini beberapa hadis yang menceritakan tentang kasih sayang. Persoalannya, berapa banyak\besarkah kasih sayang yang kita mampu berikan kepada orang yang kita kasihi? Saya secara peribadi mengakui tidak dapat menghitung atau menyatakan dengan jumlah angka berapa peratuskah kasih sayang yang mampu atau curahkan kepada seseorang. Ini kerana saya telah mengamati sebuah cerita yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w.. suatu hari isteri-isteri baginda telah bertanya kepada baginda, siapakah di antara mereka yang rasulullah paling sayang? Rasullullah menjawab, “sesiapa antara anda yang memperoleh cincin daripadaku dialah yang paling aku sayang, tetapi sesiapa yang mendapat cincin tersebut rahsiakanlah.” kesudahannya, rasulullah memberi kepada semua isterinya cincin secara tidak diketahui antara isteri-isteri baginda. Setiap mereka merasakan merekalah yang baginda paling sayang, bertapa hebatnya kebijaksanaan rasulullah dalam perkara ini. Justeru itu, kasih sayang bukanlah mempunyai kaedah atau rumus tertentu untuk dihitungkan secara lahiriah,tetapi berkait rapat dengan hati setiap daripada kita. Zahirnya kita boleh menyembunyikan perasaan dengan senyuman palsu, ketawa yang dibuat-buat untuk mengaburi orang lain tetapi hakikatnya kita tidak mampu menipu hati kita sendiri. Akhir kata, kasih sayang itu indah, walau x dapat kita menyentuh, melihat dan memeluknya, tetapi ia tetap milik setiap dari kita kurniaan ALLAH s.w.t..
-IRWAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan