JIKA KITA MENGETAHUI SEJARAH LAMPAU, UMPAMA KITA 'LAHIR' SEBELUM KITA DILAHIRKAN-IRWAN HADZLY
Cari Blog Ini
Sabtu, 7 Mei 2011
CERITA HARI IBU: "DIA MEMANG SEORANG IBU". SEMOGA ANDA MENIKMATI SYURGA YANG ABADI.
PETIKAN DARI MINGGUAN MALAYSIA.
KUALA KRAI 7 Mei - Seorang jiran melihat api menyambar bahagian belakang badan dan kepala Allahyarham Rafidah Ismail, 36, ketika wanita itu bertungkus-lumus mengeluarkan tiga anaknya dari dalam rumah mereka yang terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut Hasnah Mahmood, 34, yang sarat mengandung sembilan bulan, dia menyaksikan perkara tersebut ketika membantu mengeluarkan anak sulung mangsa, Rashidah Illyana Zamri, 7, iaitu yang terakhir dikeluarkan dari tingkap.
"Hanya Tuhan yang tahu dari mana datangnya kekuatan untuk Rafidah membengkokkan besi jeriji tingkap bagi mengeluarkan tiga anaknya itu.
"Ketika itulah saya nampak api sudah sambar belakang dan kepala arwah semasa dia mengeluarkan anaknya yang terakhir iaitu Rashidah.
"Anak pertama dikeluarkannya ialah yang bongsu diikuti anak keduanya. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya untuk menggambarkan suasana itu," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang wanita sanggup bergadai nyawa memecahkan kaca tingkap rumah dan mengumpul kekuatan membengkokkan jeriji besi untuk membolehkan tiga anak kecilnya keluar ketika kediaman mereka terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai.
Namun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, nyawa Rafidah, jururawat di Hospital Kuala Krai, menjadi galang gantinya apabila dia sendiri rentung setelah gagal menyelamatkan diri. Mayatnya ditemui dekat pintu utama rumah teres itu.
Ketiga-tiga anaknya, Rashidah; Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, selamat setelah disambut oleh jiran sebelah rumah dari tingkap kaca yang dipecahkan mangsa.
Hasnah yang merupakan guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berkata, ketika kejadian dia sedang memeriksa tugasan murid bersama anaknya di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah yang kuat dari rumah mangsa.
"Saya bergegas keluar ke rumah Rafidah untuk melihat apa yang berlaku. Rafidah dengan nada cemas berkata, tolong Kak Dah, rumah akak terbakar!
"Saya kemudian membantu dia mengeluarkan anaknya satu persatu. Saya hanya menyambut anaknya yang bongsu sedang dua lagi anak mereka boleh keluar sendiri dan saya hanya menarik mereka menjauhi rumah.
"Ketika itu saya cuba menenangkan arwah untuk mencari kunci rumah. Saya sempat minta arwah bertakbir dan bertenang namun dia tidak menemui kunci itu," katanya
NI BARU SATU CERITA, ADA BANYAK LAGI, ADA YANG TERPAKSA MASAK BANGKAI(JUMPA DI TEPI JALAN) UNTUK BAGI MAKAN UNTUK ANAK-ANAK( BUKAN DI M'SIA)
Selasa, 26 April 2011
PERSOALAN PUASA
bagi wanita, kalau uzur ketika solat x perlu ganti krn ALLAH bagi abc(ALLAH bagi cuti). berlainan ketika puasa, ibadah puasa tersebut perlu diganti. biar betul......nak puasa 6 lagi.........pening la.
sebenarnya ada 3 pendapat drpd ulama' untuk puasa 6 ini.
cara 1.
- niat puasa ganti dan puasa 6 dlm satu niat tetapi didahulukan dgn niat puasa ganti dan diserti niat puasa 6, secara automatik puasa ganti itu akan dikira dgn puasa 6.
cara 2.
-buat puasa 6 dulu kerana puasa 6 hanya boleh dibuat dalam bulan syawal sahaja. selepas itu baru la buat puasa ganti kerana ia boleh dibuat bsepanjang tahun hingga bulan puasa tahun seterusnya.
cara 3.
buat mana2 puasa dulu dlm dlm bulan syawal, kemudian sambung puasa seterusnya dalam bulan syawal juga.x kisah puasa 6 atau atau ganti dulu, yg penting sempat dlm bulan syawal ni
klau ada apa2 kemuskilan msj saya.
semoga dpt sama2 kita melaksanakan ibadat sunat serta fardhu dgn sebaiknya kpd ALLAH.
-IRWAN HADZLY BIN ABD RAHIM
sebenarnya ada 3 pendapat drpd ulama' untuk puasa 6 ini.
cara 1.
- niat puasa ganti dan puasa 6 dlm satu niat tetapi didahulukan dgn niat puasa ganti dan diserti niat puasa 6, secara automatik puasa ganti itu akan dikira dgn puasa 6.
cara 2.
-buat puasa 6 dulu kerana puasa 6 hanya boleh dibuat dalam bulan syawal sahaja. selepas itu baru la buat puasa ganti kerana ia boleh dibuat bsepanjang tahun hingga bulan puasa tahun seterusnya.
cara 3.
buat mana2 puasa dulu dlm dlm bulan syawal, kemudian sambung puasa seterusnya dalam bulan syawal juga.x kisah puasa 6 atau atau ganti dulu, yg penting sempat dlm bulan syawal ni
klau ada apa2 kemuskilan msj saya.
semoga dpt sama2 kita melaksanakan ibadat sunat serta fardhu dgn sebaiknya kpd ALLAH.
-IRWAN HADZLY BIN ABD RAHIM
CERITA SEJARAH YANG TAK BERSEJARAH
*
o
Copy dr kawan saya
1508: Alfonso de al buqurque
menyampaikan hasratnya kepada Raja
portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke
Asia Tenggara ( Melaka pusat
perdagangan asia tenggara ketika itu)
dan juga laluan penting perdagangan
timur barat. Raja Portugis bersetuju
untuk menyediakan kemudahan bala
tentera 158 biji kapal, 15300 (
anggaran) bala tentera
1509: Portugis menhantar perisik ke
Melaka untuk megetahui keadaan
kekuatan pertahanan disana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan
Melaka setelah berhempas pulas melawan
5 pahlawan melayu terhandal (Hang
Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang
Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah
mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk
menawan Melaka serta berlawan dengan 5
Hang bersaudara, mereka perlu mendapat
askar tambahan setelah 15k askarnya
terkorban dalam pertempuran selama 6
hari itu dengan 5 Hang
bersudara..akhirnya dapat juga menawan
Melaka setelah hampir kecewa dan putus
asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian
Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya
ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang
ketika itu adalah pusat pegeluaran
tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke
perlis, kedah dan pulau pinang un tuk
mengetahui kekuatan bala tentera di
sana mengikut sejarah, perisiknya
telah ke kedai kopi sekitar untuk
mendapat segala maklumat yang
diperlukan.. .
Seminggu selepas
FEB 1512, Perisik balik ke Melaka
untuk memberitakan hasil risikan
kepada Alfonso Di bawah adalah
perbualan percakapan antara perisik
dengan Al fonso yang selama ini cuba
disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan
(sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan
saja niat tuan untuk menawa Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka
itu..? ( dengan nada marah dan
bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang
mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu pun kita
kehilangan hampir 15k bala tentera,
inikan pula kita nak menawan Perlis,
Kedah dan P.Pinangyang mempunyai
beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa
khabaq, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu
bapak hang,mak hang, adik hang, tok
hang
macam macam lagi hang ada kat
sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso
pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5
pahlawan melayu Melaka amat
ngeri......ini kan pula nak berhadapan
beribu ribu hang kat situ.
o
Copy dr kawan saya
1508: Alfonso de al buqurque
menyampaikan hasratnya kepada Raja
portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke
Asia Tenggara ( Melaka pusat
perdagangan asia tenggara ketika itu)
dan juga laluan penting perdagangan
timur barat. Raja Portugis bersetuju
untuk menyediakan kemudahan bala
tentera 158 biji kapal, 15300 (
anggaran) bala tentera
1509: Portugis menhantar perisik ke
Melaka untuk megetahui keadaan
kekuatan pertahanan disana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan
Melaka setelah berhempas pulas melawan
5 pahlawan melayu terhandal (Hang
Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang
Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah
mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk
menawan Melaka serta berlawan dengan 5
Hang bersaudara, mereka perlu mendapat
askar tambahan setelah 15k askarnya
terkorban dalam pertempuran selama 6
hari itu dengan 5 Hang
bersudara..akhirnya dapat juga menawan
Melaka setelah hampir kecewa dan putus
asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian
Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya
ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang
ketika itu adalah pusat pegeluaran
tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke
perlis, kedah dan pulau pinang un tuk
mengetahui kekuatan bala tentera di
sana mengikut sejarah, perisiknya
telah ke kedai kopi sekitar untuk
mendapat segala maklumat yang
diperlukan.. .
Seminggu selepas
FEB 1512, Perisik balik ke Melaka
untuk memberitakan hasil risikan
kepada Alfonso Di bawah adalah
perbualan percakapan antara perisik
dengan Al fonso yang selama ini cuba
disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan
(sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan
saja niat tuan untuk menawa Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka
itu..? ( dengan nada marah dan
bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang
mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu pun kita
kehilangan hampir 15k bala tentera,
inikan pula kita nak menawan Perlis,
Kedah dan P.Pinangyang mempunyai
beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa
khabaq, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu
bapak hang,mak hang, adik hang, tok
hang
macam macam lagi hang ada kat
sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso
pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5
pahlawan melayu Melaka amat
ngeri......ini kan pula nak berhadapan
beribu ribu hang kat situ.
Sabtu, 26 Mac 2011
Sabtu, 19 Februari 2011
PERJUANGAN BELUM SELESAI
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
BANGSAKU, JANGAN TINGGALKAN 'MELAYU' YANG DULU
Sajak “Melayu” oleh Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
SETIAP KITA ADA IBU- IRWAN HADZLY
MAK !!!!
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak
Selamat Hari Ibu..
YANG TERDALAM, DISUATU SUDUT YANG PALING IKHLAS
MELAYU MUDAH LUPA
Melayu mudah LUPA
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya DIPIJAK
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya RETAK
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya TERIAK
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya HAPRAK
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya KELAS DUA
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya HINA
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya SENGKETA
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya DERITA
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya KERDIL
Melayu mudah LUPA
Dulu bangsanya TERPENCIL
Melayu mudah LUPA
Tiada DAULAT
Tiada MARUAH
Tiada BEBAS
Melayu mudah LUPA
Melayu mudah LUPA
Melayu mudah LUPA
Sejarah bangsanya yang LENA
Tanah lahirnya yang merekah BERDARAH
INGATLAH
INGATLAH
INGATLAH
Wahai BANGSAKU
Jangan mudah LUPA lagi
Kerana perjuanganmu BELUM SELESAI...
Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohammad 2001
Selasa, 8 Februari 2011
IBNU FIRNAS- 'MANUSIA TERBANG'
IBNU FIRNAS- 'MANUSIA TERBANG'
RIWAYAT HIDUP:-
Ibnu Firnas atau nama sebenarnya, Abbas Qasim bin Firnas dilahirkan di Ronda, Sepanyol pada tahun 810 M dan meninggal dunia pada tahun 887 M. Dia dikenal sebagai orang Barbar yang ahli dalam bidang kimia dan memiliki daya kreatif dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi pada waktu itu. Beliau gemar bermain alat muzik dan mengarang puisi. Beliau hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Umaiyah di Sepanyol ( Andalusia). Kehidupan Ibnu Firnas adalah sezaman dengan masa kehidupan pemuzik Iraq, Ziryab. Pada tahun 852 M, di bawah pemerintahan khalifah baru, Abdul Rahman II, Ibnu Firnas membuat pengumuman yang menghebohkan warga Cordoba ketika itu bahawa beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan `sayap' yang dipasangkan di tubuhnya. Tetapi akibat sedikit kesilapan dalam ciptaannya kali ini menyebabkan kecederaan yang agak parah kepada beliau. Beliau tidak dapat meneruskan percubaan penerbangan untuk kali yang berikutnya. beliau mula menumpukan pemerhatian dalam bidang lain. Sayang, tidak lama setelah itu, tepatnya pada tahun 888 M, Ibnu Firnas wafat dalam keadaan berjuang menyembuhkan cedera belakang yang dideritanya akibat kegagalan melakukan pendaratan pesawat terbang buatannya.
PENEMUAN LAIN:-
Salah satu penemuannya yang terbilang amat penting adalah pembuatan kaca silika serta kaca murni tak berwarna. Ibnu Firnas juga dikenal sebagai ilmuwan pertama yang memproduksi kaca dari pasir dan batu-batuan. Kejernihan kaca atau gelas yang diciptakannya itu mengundang decak kagum penyair Arab, Al-Buhturi (820 M - 897 M).Karya-karya baru pun bermunculan dari buah pemikiran Ibnu Firnas. mulai dari puisi, kimia, sampai astronomi, semuanya dipelajarinya dengan satu tujuan, iaitu mampu memberikan manfaat bagi umat manusia.Di antara hasil karyanya yang monumental adalah konsep tentang terjadinya halilintar dan kilat, jam air serta cara membuat gelas dari garam. Ibnu Firnas juga membuat rantai rangkaian yang menunjukkan pergerakan benda-benda planet dan bintang. Selain itu, Ibnu Firnas pun menunjukkan cara bagaimana memotong batu kristal yang saat itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Mesir.
PELANCARAN PENERBANGAN PERTAMA
Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, mencipta dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon selepas 500 tahun setelah Ibnu Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan.
Pada tahun 875 M, Ibnu Firnas telah membuat sebuah model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat lama tentang pesawat terbang.Setelah menyelesaikan model pesawat terbang yang dibuatnya, Ibnu Firnas mengundang masyarakat Cordova untuk datang dan menyaksikan hasil karyanya itu. Beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan sayap atau jubah tanpa lengan yang dipasangkan di tubuhnya.Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan melakukan penemuannya. Namun karana cara meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat terbang buatannya. Beliau pun mengalami cedera belakang yang sangat parah. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tidak berdaya untuk melakukan percubaan berikutnya.Ada catatan yang menyebutkan, Ibnu Firnas lalai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Beliau pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat terbang buatannya. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan beliau gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.Menara Masjid Mezquita di Cordova saat itu menjadi saksi bisu perwujudan konsep pertama pesawat terbang yang lahir dari pemikiran seorang muslim.
FAKTA TAMBAHAN:-
Philip Hitti seorang sejarawan Arab berkata: “Ibnu Firnas ialah orang pertama dalam sejarah yang mencipta ilmu pengetahuan tentang pesawat terbang.”
Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibnu Firnas, seribu tahun sebelum Wright.
Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina tugu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya dan abadi di salah satu kawah permukaan Bulan.
Hezarfen Ahmed Celebi merupakan manusia pertama berjaya terbang dalam sejarah. Dia hidup semasa zaman Sultan Murad II (Turki). Dia berjaya terbang menggunakan kanvas dari puncak menara Galata menyeberangi Selat Istanbul untuk ke Dataran Uskudar sejauh 3558m. Dia wafat pada 1640M dalam pembuangan di Algeria dalam usia yang muda.
kemaafan ALLAH tiada metafora untuk digambarkan- IRWAN HADZLY
LA TAHZAN
Dari Anas r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah Ta'ala berfirman - dalam Hadis qudsi: "Hai anak Adam yakni manusia, sesungguhnya kamu selama masih berdoa dan berharap kepadaKu, pasti Aku mengampuni kamu atas semua dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak memperdulikan banyaknya. Hai anak Adam, jikalau dosa-dosamu itu sampai mencapai tinggi di langit, kemudian kamu beristighfar kepadaKu pastilah Aku mengampuni engkau dan Aku tidak memperdulikan banyaknya. Hai anak Adam, sesungguhnya kamu itu, jikalau datang kepadaKu dengan membawa berbagai kesalahan hampir sepenuh isi bumi, kemudian engkau menemui Aku, asalkan engkau tidak menyekutukan aku dgn sesuatu, nescayalah Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan hampir sepenuh isi bumi itu pula."
Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi
dosa semalam bukan penentu syurga neraka. sebaliknya selagi belum tertutup pintu taubat selama itulah pengampunan ALLAH ada untuk kita. Anggaplah kekhilafan yg kita lakukan selama ini sebagai pengajaran dengan membasuh dosa kelmarin dgn taubat sebenar-benar taubat( taubat nasuha) dgn ikhlas serta tawadhuk berazam untuk meninggalkan kemungkaran tersebut serta terus berubah ke arah yg dikehendaki-NYA. peluang kedua sentiasa ada dipihak kita hamba-NYA.
INDAHNYA SEORANG WANITA- IRWAN HADZLY
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
ASSALAMUALAIKUM...
INDAH DAN HEBATNYA SEORANG WANITA
IKHLAS SAYA MENULIS DARI HATI NURANI SAYA.
Seorang raja yang hebat tidak akan menangis kerana luka di medan perang, tetapi cukup seorang wanita untuk membuat raja itu mengalirkan air mata. Lihat sahaja bagaimana SHAH JAHAN meratapi kematian isterinya dengan membangunkan Taj Mahal. Sekeras mana pun hati lelaki akhirnya lebur kerana seorang wanita. Asiah isteri firaun berjaya mencairkan kerasnya hati firaun dengan terselamatnya Nabi Musa yang masih bayi daripada dibunuh oleh tentera firaun. Dan bagaimana Herodotus menyatakan “sekiranya hidung cleopatra itu tidak mancung, pasti sejarah dunia akan berubah.” Kerana kecantikan cleopatra dua orang panglima Rom iaitu julius caeser dan mark antony @ marcos antoniuos terkorban kerana cinta.
TETAPI KENAPA???????????????????????????/
1.wanita auratnya terlalu banyak untuk 'ditutup', tidak macam lelaki 'simple' sangat.
2.kenapa wanita hendak keluar rumah perlu minta izin suami, tetapi suami boleh 'lesap' macam tu sahaja tanpa meminta izin isteri terlebih dahulu.
3.dalam pembahagian harta pusaka, wanita dapat kurang, kenapa lelaki dapat lebih?
4.kalau dalam bab melafazkan talak, suami ada kuasa veto, perempuan tidak.
5.Perempuan bertarung nyawa untuk melahirkan anak, kenapa anak itu dibin atau dibintikan dengan nama ayah tapi bukan ibu?
6.ini baru sikit ada banyak lagi.
Wahai sekaian wanita, hari ini SAYA akan mencerikan hakikat disebalik itu. Suatu yang tidak diketahui atau sesuatu yang telah dilupai:-
1.Kenapa aurat wanita banyak yang perlu ditutup.? Ditutup di sini saya terjemahkan kepada dijaga. Cuba bandingkan sepasang selipar jepun dengan seutas rantai berlian pusaka. Selipar jepun pastinya kita akan campak diluar rumah tanpa kita hiraukan hujan atau panas. Kerana apa? Kerana ia sesuatu yang tidak langsung berharga. Tetapi renungkan seutas rantai berlian pusaka. Kita pasti sanggup untuk mempertahankan ia walau dengan nyawa sekalipun sekiranya ada pihak yang hendak meragutnya daripada kita. Begitu juga halnya dengan aurat wanita. Ia ibarat sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang perlu dijaga dengan serapi mungkin. Suatu yang indah dan 'exclusive' untuk tatapan tertentu sahaja. Kerana auratmu begitu berharga, maka sebab itulah ia perlu pengawasan lebih daripada lelaki. Tetapi setiap kita yang akan memilih sama ada untuk menjadikanya selipar jepun atau seutas rantai berlian untuk dijaga sebagai pusaka.
2. lelaki keluar rumah boleh tanpa kebenaran isteri, apakah sebagai perempuan dan juga seorang isteri anda tidak sama taraf. Persoalan saya di sini, Sekiranya anda seorang ibu, berapa kalikah anak anda perlu mentaati anda berbanding suami anda.? Jawapannya adalah tiga kali. Lelaki wajib mentaati ibunya 3 kali lebih utama berbanding bapanya. Anda sebagai wanita lebih utama 3 kali berbanding lelaki. Apakah ini tidak cukup pada perkiraan anda?
3.lelaki menjuarai dalam pemilikan harta pusaka. Pernahkah anda mendengar antara zahir dan hakikat. Jadi, apakah hakikatnya di sini? Saya terangkan kepada anda. Perempuan walaupun mendapat sedikit dari harta pusaka, tetapi harta itu ialah miliknya, berbanding lelaki, walaupun banyak yang diperoleh, wajib keatasnya menggunakan untuk menyara isteri serta keluarganya. Apakah pada fikiran anda pada ketika ini masih lagi meragui keindahan menjadi seorang islam serta wanita?
4.Lafaz talak itu memang benar kuasa seorang lelaki. Lelaki kadang- kala beremosi dan langsung mengecewakan kesetian seorang isteri, tetapi fahamilah menjadi seorang lelaki serta seorang suami merupakan suatu tanggungjawab yang sangat berat. Kenapa saya berpendapat sedemikian? Di akhirat nanti, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya( adik beradik perempuan). Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Alangkah indahnya seorang perempuan kerana bukan seorang, tidak juga dua, tiga pun tidak, tetapi 4 orang yang akan bertanggungjawab sekiranya anda melakukan sesuatu dosa.
5.perempuan terpaksa bertarung nyawa ketika ingin melahirkan anak. Sebelum itu juga permpuan terpaksa melalui proses mengandung. Setiap saat begitu tidak menyelesakan. Tetapi apakah anda sebagai wanita tidak mengetahui, setiap saat seluruh makluk ALLAH di bumi serta dilangit mendoakan anda para wanita yang bersalin. Sekiranya anda meninggal semasa melahirkan anak, pasti pahala syahid milik anda dan sudah mutlak tempat anda di syurga yang kekal abadi.
Sebagai penambahan Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang diingininya, cukup dengan 4 syarat , iaitu : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya, dan menjaga maruah diri. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setaraf seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Maha suci ALLAH. Bertapa kasihnya ALLAH pada wanita.
Sekiranya ini belum cukup memuaskan anda para wanita, saya sertakan beberapa lagi keistimewaan anda sebagi seorang wanita;
1.Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh
2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali
3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti
menyapu lantai Kaabah di Baitullah
5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt
akan berkatkan rezekinya
6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh
binatang tersebut dengan doa keberkatan
7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang
dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang
mereka dengan pandangan penuh rahmat
8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya
melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad
9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat
pahala 12 tahun solat tanpa henti
10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat
pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh
maka akan mendapat pahala 7 tola perak
11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari
dan beribadat sepanjang malam
12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil
13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan
puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan
beri satu pahala ibadat Haji
14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia
akan dikira mati syahid
15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya
sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis
susu yang diberinya
16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang
menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan
puasa tanpa henti
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun,
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib
untuknya
18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti
memerdekakan 20 orang hamba
19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika
meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan
mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang
dikehendakinya
20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya;
i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya
ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat
iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari
iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat
daripada permata yaqut .
Sekian saya menulis.-IRWAN
KITA SEMUA ADA HATI.- IRWAN HADZLY
Assalamualaikum...
jika semasa hidupnya manusia pernah menipu sejuta umat manusia, tetapi kenapa walau sekali cuma dia tidak mampu untuk menipu hatinya?
Apakah istimewanya makhluk yang bernama hati ini????
Mengapa mata kita celik tetapi hati kita buta?
Ikhlas itu tempatnya dihati, jika ditakdirkan hati tidak ada, dimanakah nilai ikhlas itu?
Sekejam mana pun seseorang manusia, dia pastikan pernah menangis. Itulah bukti dia juga punya hati.
Rasulullah s.a.w. Bersabda: "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
Sungguh, hati itu sungguh menakjubkan. Tetapi pernahkah setiap kita terfikir apakah ada “hati” dalam diri ini? Kalau ada dimanakah dia? Atau kita sebenarnya tidak pernah langsung mempunyai hati?
Memang hati ini sungguh dalam, walaupun kita tidak meramal betapa cerunnya kedalamannya, tetapi kita tetap akan merasa akibat dari hati yang tulus serta ikhlas. Di mana hati kita.? Kalau tidak jumpa “hati” semasa kita berwudhuk, silakan mencarinya semasa dalam kita sedang membaca al-quran. Sekiranya belum bertemu juga lanjutkan pencarian itu dalam solatmu, apabila dalam solatmu juga tidak ditemukan “hati” tersebut. Berdoalah kepada tuhan mohon hati yang baru.
Firman ALLAH:
"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."
kata dari maher zain “deep in my heart.” tetapi sampai bila? menurut imran ajmain “seribu tahun lama lagi”, kata acha septiasa “sampai menutup mata.” dan pendapat david arumugan “hingga akhir nanti.”
kesimpulannya,
hati seperti kata dato' rahim razali bukan hak milik tapi anugerah.
Isnin, 7 Februari 2011
APA ITU KASIH -SAYANG -IRWAN HADZLY
Assalamualaikum...
bersyukur kehadrat Ilahi kerana untuk kesekian kalinya saya masih dikurniakan ilham untuk menulis bagi dikongsikan kepada seberapa banyak manusia yang mungkin membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini. Oleh yang demikian, saya akan cuba untuk “merakyatkan” atau menjadikan tulisan saya ini sebagai 'mesra pembaca'. Saya akan menggunakan bahasa mudah serta isu yang ringan dalam setiap penceritaan saya bagi sama-sama kita berfikir serta mengambil ilmu dan pengajaran daripadanya disamping memuhasabah diri kita sebagai hamba-NYA yang memiliki jiwa setiap daripada kita. Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah” Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Tarmidzi). Rasulullah saw. bersabda, “Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi.” Wahai Rasulullah, “Semua kami pengasih,” jawab mereka. Berkata Rasulullah, “Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin), tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia).” (H.R. Ath-Thabrani). Ditegaskan hadis Rasulullah saw., Laa tunza’ur rahmatu illaa min syaqiyyin. Rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan hanya dari orang-orang yang celaka.(H.R. Ibn. Hibban). Saya meletakkan di sini beberapa hadis yang menceritakan tentang kasih sayang. Persoalannya, berapa banyak\besarkah kasih sayang yang kita mampu berikan kepada orang yang kita kasihi? Saya secara peribadi mengakui tidak dapat menghitung atau menyatakan dengan jumlah angka berapa peratuskah kasih sayang yang mampu atau curahkan kepada seseorang. Ini kerana saya telah mengamati sebuah cerita yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w.. suatu hari isteri-isteri baginda telah bertanya kepada baginda, siapakah di antara mereka yang rasulullah paling sayang? Rasullullah menjawab, “sesiapa antara anda yang memperoleh cincin daripadaku dialah yang paling aku sayang, tetapi sesiapa yang mendapat cincin tersebut rahsiakanlah.” kesudahannya, rasulullah memberi kepada semua isterinya cincin secara tidak diketahui antara isteri-isteri baginda. Setiap mereka merasakan merekalah yang baginda paling sayang, bertapa hebatnya kebijaksanaan rasulullah dalam perkara ini. Justeru itu, kasih sayang bukanlah mempunyai kaedah atau rumus tertentu untuk dihitungkan secara lahiriah,tetapi berkait rapat dengan hati setiap daripada kita. Zahirnya kita boleh menyembunyikan perasaan dengan senyuman palsu, ketawa yang dibuat-buat untuk mengaburi orang lain tetapi hakikatnya kita tidak mampu menipu hati kita sendiri. Akhir kata, kasih sayang itu indah, walau x dapat kita menyentuh, melihat dan memeluknya, tetapi ia tetap milik setiap dari kita kurniaan ALLAH s.w.t..
-IRWAN.
TERSENTUH TANPA 'disentuh'- IRWAN HADZLY
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Assalamualaikum....
TERSENTUH TANPA DISENTUH...
Di dalam beberapa keadaan, kita seakan 'tertampar' tanpa ditampar. Kita mungkin 'tertipu tanpa ditipu. Ada juga keadaan kita marah tanpa dimarah dan mungkin juga kita memukul tanpa dipukul.
Tetapi semua yang di atas adalah berbeza sama sekali dengan “Tersentuh tanpa disentuh.” Mengapa?
Kerana sesuatu yang tidak sama tidak akan sama dengan sesuatu yang sama. Daripada kecenderungan itu juga, sama tidak sama dengan perkara yang tidak sama walaupun sebutannya adalah sama dan mungkin juga hampir sama. Persamaan itu tidak menunjukkan maksud yang sama kerana sememangnya kedua-duanya tidak sama kerana yang tidak sama ialah maksudnya.
Sekiranya anda berasa keliru, sebenarnya anda telah “terkeliru tanpa dikelirukan.”
Saya akan berikan beberapa contoh berkaitan dengan “tersentuh tanpa disentuh”.
1)Seorang anak kecil di dalam buaian, tiba-tiba terjaga dari lenanya. Anak kecil itu mula menangis. Seorang ibu muda mula melagukan selawat dengan penuh kesyahduan dari dapur ketika dia menyediakan masakan untuk suami yang bakal pulang dari kerja. Suara si ibu mulai didengari oleh bayi lelaki itu dari dalam buaian. Tiba-tiba anak kecil itu berhenti menangis. Sebenarnya, anak kecil itu merasakan suara ibunya itu umpama sentuhan ibunya semasa hendak menidurkan dia seketika tadi. Bayi ini sebenarnya telah “tersentuh tanpa disentuh”.
2)Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akbar beberapa hari selepas bencana Tsunami melanda pada tahun 2006, beberapa orang pencuri telah berjaya memecah masuk sebuah rumah di ibu kota. Ketika sedang mengikat ahli isi rumah tersebut, seorang daripada pencuri bertanya apa yang ada di dalam sebuah beg plastik yang besar di satu sudut rumah tersebut. Seorang daripada mangsa menberitahu itu merupakan baju yang akan dihantar ke Acheh untuk diberikan kepada mangsa tsunami di sana. Tiba-tiba, semua pencuri tersebut menangis. Dalam keadaan teresak-esak menangis, salah seorang daripada mereka menyatakan mereka semua dari Indonesia dan tidak mengetahui apakah ada antara mangsa adalah keluarga mereka. Mereka memohon maaf berkali-kali sebelum melarikan beberapa barangan berharga tetapi meninggalkan beg plastik yang mengandungi pakaian tersebut.
3)Gempa bumi yang dasyat telah melanda wilayah bergolak kasmir yang terbahagi kepada dua bahagian, sebuah bahagian ditadbir india dan sebahagian lagi tadbir pakistan. Seorang wartawan dari TV3 telah ke wilayah tersebut. Apabila sampai di sebuah kawasan pendalaman di wilayah tersebut suatu yang peristiwa telah menyentuh perasaan wartawan tersebut, apabila orang tempatan mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, seorang orang lelaki yang berjambang dan tua berlari kearah rombongan dari Malaysia tersebut dan dengan wajah gembira lelaki tersebut berulang kali menyebut Malaysia...Mahathir...Malaysia... Mahathir, walaupun kawasan tersebut bergunung-ganang, tiada siaran televisyen tetapi mengenali mantan Perdana menteri tersebut dan negara Malaysia. Wartawan tersebut ternyata telah “ tersentuh tanpa disentuh.”
4)seorang ibu menceritakan semula pengalaman beliau bersama mantan perdana menteri Malaysia, Tun abdullah semasa lawatan mantan perdana menteri itu di sebuah sekolah. Semasa beramah mesra dengan Tun, ibu tersebut memberitahu bahawa anaknya susah hendak ke sekolah. Tun berseloroh dengan pelajar lelaki tersebut bahawa kalau dia tak mahu ke sekolah, Tun hantar dia ke afrika. Selepas kejadian tersebut pelajar itu tidak lagi bermasalah untuk ke sekolah. Pelajar tersebut benar-benar tersentuh tanpa disentuh.
5) Satu Pasangan suami isteri di Indonesia telah bepuluh-puluh tahun bekerja mengutip sampah untuk dijual telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk menunaikan haji. Tetapi suatu hari jiran berdekatan rumah mereka telah mengalami bencana. Rumah ibu tunggal beranak lima itu habis hangus terbakar. Kerana simpati dengan nasib jiran mereka itu, pasangan pengutip sampah itu menyerahkan semua wang mereka yang dikumpulkan selama berpuluh-puluh tahun untuk menunaikan haji kepada ibu tunggal tersebut. Berita tentang perkara itu telah sampai ke pengetahuan seorang jutawan yang dermawan di negara tersebut dan beliau menaja pasangan pengutip sampah itu untuk menuanikan rukun islam yang ke lima itu. Jutawan itu juga “tersentuh tanpa disentuh.”
6)Seorang pelajar lelaki yang nakal dan sering lari dari sekolah ini juga telah mengalami “tersentuh tanpa disentuh.” Suatu malam, ketika hendak tidur, pelajar nakal ini telah terdengar perbualan di antara ibu dan bapanya yang terpaksa menjual basikal yang setiap hari persekolahan basikal itu akan ditunggang dan oleh ayahnya untuk menghantarnya ke sekolah semata-mata untuk membeli susu bagi adiknya yang masih bayi. Mulai saat itu dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya kini beliau telah bergelar seorang doktor.
Dalam jangka masa hayat anda sehingga hari ini, pernahkah anda “tersentuh tanpa disentuh”?
Nota-cerita pertama adalah kebiasaan seorang bayi yang masih kecil.
-cerita yang ke-2 hingga ke-6 merupakan kisah benar.
kitakah adiwira?
APAKAH KITA INI SEORANG ADIWIRA?
SETIAP DR KITA ADA KELEBIHAN YANG TERSENDIRI. BETUL KE? X PERCAYA LA? BIAR BETUL? MANA ADA? WOI....TIPU LA.
-KITA SEBENARNYA SEORANG WIRA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA. NAK TAU BETUL X BETUL TENGOK HURAIAN DI BAWAH. APE, X PERCAYA JUGAK? BACA DULU KOMEN , KRITIK DAN SARAN KEMUDIAN.
WOW RUPANYA SAYA MEMANG SEORANG WIRA, HAHAHHAHAHAHHAHAHAH............
- SELEPAS TIDUR SAYA BANGUN LA DARI TIDUR( APA PUNYA AYAT LA). SAYA KE TANDAS UNTUK MANDI. TIBA-TIBA .........ADA PAIP DI SINKI X DITUTUP, SAYA PON DLM KEADAAN MASIH MAMAI SERTA BERKAIN PELIKAT DAN BERUS GIGI DI SEBELAH TANGAN KANAN SEBERAPA SEGERA MENUTUP PAIP TERSEBUT. AKHIRNYA SAYA MERASAKAN SAYA SEORANG WIRA KERANA SEKIRANYA AIR TERSEBUT MELIMPAH PASTINYA SEMUT-SEMUT AKAN KELEMASAN. JADI PAGI INI SAYA TELAH MENYELAMATKAN BEBERAPA EKOR SEMUT DARI PADA MENJADI KORBAN LEMAS DI SINKI ASRAMA SAYA.
-KOMEN IKHLAS DARIPADA AFIQ SD (SD=SECURITY DORM) - SELEPAS BEBERAPA KETIKA BERJALAN, NAZATUL HASNAH A.K.A MAKCIK TELAH TERKEJUT MELIHAT SUATU PERKARA YANG SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI DARAH DAGING BELIAU. PERKARA TERSEBUT IALAH...........IELA KECIL MASIH BELUM MENYIAPKAN ASSIGMENT KAJI DAYA MESIN BELIAU. LANTARAN DARIPADA PERISTIWA TERSEBUT, A.K.A MAK CIK@ UNTIE SEGERA BERTUKAR SEPERTI MANA SUPERMAN, POWER RANGERS, ULTRAMAN SERTA GABAN BERTUKAR (SORI SUPERMAN TUKAR X SESUAI SEBAB A.K.A MAKCIK PEREMPUAN). DIA BERTUKAR DGN BERPUSING MENGIKUT ARAH LAWAN JAM SEBANYAK 3\5 KALI SEBELUM MENYELUARKAN SENJATA BELIAU DARI BEG SANDANG MANIK SERAWAK BELIAU LANTAS MENGELUARKAN BEBERAPA HELAI TRANSKRIP( MUNGKIN TRANSKIRP ZAMAN PALEOLITIK) LALU MENYURUH SAHABAT JUGA SETERUNYA IAITU IELA MENYALIN TRANSKRIP TERSEBUT. SEBELUM ITU A.K.A MAKCIK MENGINGATKAN SUPAYA IELA SUPAYA SECEPAT MUNGKIN MENYIAPKAN ASSIGMENT TERSEBUT SEMENTARA AYAHDA EN. ZAINOL COMING TO CLASS, TETAPI IELA MENYATAKAN MASA TAMBAHAN DIBERIKAN SEMASA AYAHDA SEDANG MENGIRA KEHADIRAN ANTARA 5 KE 15 MINIT. HARI ITU A.K.A MAKCIK BERJAYA MENYELAMATKAN IELA KECIK DARIPADA KECELAKAAN YG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL.- DILAPORKAN OLEH SEORANG WARGA BELANDA IAITU MR. JOHN NIZAM .
- KEJOHANAN LIGA FUTSAL ANTARA LORONG TAMAN 2010. PERTANDINGAN SENGIT INI BAGI MEREBUT SEPASANG HAMSTER PEMBERIAN LILIES KPD PONTIANAK PRINCE. DIPERLAWANAN AKHIR PASUKAN LORONG TASKI YG DIKETUAI HAFIZ HAMZAH( YG SPEK MATA PECAH TU) MENENTANG GENG LORONG PIRAMID GIZA ( SEMPENA DAGU LONJONG KACANG) YANG DIKETUAI OLEH ZUBEK ( PEMENANG PAKAIAN PATRIOTIK KATEGORI 50KG). KETIKA MASA PERLAWANAN HAMPIR TAMAT PASUKAN LORONG TASKI TELAH MENGELUARKAN PENJARING GOL MEREKA IAITU IJAT KRN INGIN MEMASUKKAN LAGENDA PERTANDINGAN BALING BOLA LISUT SAMBIL MELOMPAT BINTANG IAITU PAN NAL DO( BUKAN PANADOL), SEMENTARA PASUKAN LORONG PIRAMID GIZA MEMASUKKAN IRWAN KAH BAGI MENGGANTIKAN MAT X YANG HILANG TUMPUAN SELEPAS MENERIMA MESEJ PUTUS CINTA YANG KE-3 SEPANJANG HAYATNYA. IRWANKAH LANTAS MENJARINGKAN GOL PENYAMAAN SETELAH PAN NA DO MENGELIRUKAN PENJAGA GOLNYA IAITU ALONG DIN(MERUJUK NAMA FB BELIAU). IRWAN MELAKUKAN TENDANGAN GUNTING MENJADIKAN PERLAWANAN SETARA 1-1 SEBELUM ABG KAMARUL MENIUPKAN WISEL PENAMAT BAGI PIHAK PENGADIL KERANA PENGADIL TERSEBUT SEDANG MEMBELI - BELAH JUADAH BERBUKA DI BAZAAR TAMAN AMAN. PERLAWANAN MENYAKSIKAN SEKALI LAGI IRWANKAH MENJARINGKAN GOLDEN GOL SELEPAS PAN NA DO TERJATUH LALU MENGHENPAP PENJAGA GOL MEREKA ALONG DIN, LALU IRWANKAH TANPA DIKAWAL TERSADUNG JARI MANIS PAN NA DO LALU TERJATUH DAN TERKENA BOLA DAN BOLA ITU TERUS MENGELAK DARIPADA DIHEMPAP IRWAN LALU MENGELAK KE DALAM GOL LORONG TASKI.-LOO DAN SHIA SERTA YUGES MELAPORKAN.
kelemahan itu kelebihan
BAGAI MANA NAK MEMANIPULASIKAN KELEMAHAN MENJADI KELEBIHAN-BERSAMA IRWAN HADZLY
KELEMAHAN....MEMANG TIDAK DAPAT KITA ELAKKAN. CONTOHNYA SETIAP KITA ADA PERASAAN, BEGITU JUGA SETIAP KITA ADA KELEMAHAN (TAH, NI FALSAFAH @ AYAT PASRAH). TAPI SELAGI MANA KITA DAPAT MENGAWAL KELEMAHAN TERSEBUT KESANNYA KEPADA KITA PASTI MINIMUM. MUNGKIN AKAN MENJADI KELEBIHAN PULAK KEPADA KITA. MISALNYA TEPUNG, KALAU KITA PANDAI GUNA MESTI BOLEH BUAT DONUT, TULISAN KALAU PANDAI MESTI BOLEH JADI SURAT CINTA, PANDAI PANDU KERETA LAJU2, BOLEHLAH POHON JAWATAN 'DRIVER' AMBULANCE.
SEBELUM MEREPEKNYA MELEPASI TAHAP LIMIT YANG DITETAPKAN KITA TERUS KEPADA BAGAIMANA @ ORANG PUTIH SEBUT 'HOW'UNTUK KITA MEMBALIKKAN KELEMAHAN MENJADI KELEBIHAN KEPADA KITA.
SITUASI PERTAMA
- ADA SEORANG PELAJAR DARI M'SIA MELANJUTKAN PELAJARAN KAT 'OVERSEA'.KAT NEGARA BELANDA (KECIL NEGARA NI MACAM PAHANG SAJA). ADA SORANG PENSYARAH SITU KIRA RAMAH LA MACAM PENGACARA MELODI, DIA TANYA PELAJAR M'SIA NI, KAMU ASAL DARI MANA? SAYA DARI M'SIA. DENGAR SAJA M'SIA MAT SALLEH PENJAJAH NI PON DENGAN NALURI PENJAJAHNYA INGIN TERUS MEMPERKECILKAN PELAJAR DARI M'SIA TERSEBUT. DIA PON KATA, "TAK PERNAH DENGAR PON NAMA M'SIA, MESTI ORANG KAT SANA DOK PAKAI CAWAT LAGIKAN. APA PENDAPAT KAMU." PELAJAR TERSEBUT SECARA SPONTAN MENJAWAB DENGAN TENANG "PADA PANDANGAN SAYA ORANG BELANDA MEMPUNYAI IQ TAHAP LANDAK RAYA YANG TERDAPAT DALAM SETEM RM 0.30 SEN KAT PEJABAT POS KULIM." PENSYARAH TERSEBUT PON TERKEJUT UMPAMA DIRASUK OLEH CEPLOS TV 9, KENAPA PENDAPAT KAMU SEPERTI ITU ( JERKAH BELIAU LAGAK KETUA PLATUN KAWAD WATANIAH KONVO POLI). BUDAK TERSEBUT PON MENJAWAB LA, " KALAU PENSYARAH PON DAH TAK TAHU PENGETAHUAN AM MACAM NI, TAMBAH LA LAGI RAKYAT MARHAIN YANG LAIN."
SITUASI 2
ADA SEEKOR KAMBING YANG AGAK PINTAR TENTANG SOALAN SEJARAH. TAPI YANG TERUKNYA DIA LEMAH SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN ( YE LA BARU TADIKA SAPA SURUH BUAT SOALAN SPM TERSEBUT). MAKA RAMAI LAH SLALU MEMPERSENDAKAN BELIAU DALAM URUSAN JUAL BELI. SUATAU HARI IBU BELIAU( IBU KAMBING NI LA) SURUH BELI 1000 g GULA, KAT PASARAYA ANEKA, BELIAU TANPA MEMBANTAH TERUS KE SUPER MARKET SEPERTI YANG DISEBUTKAN TADI. PAK CIK BOLEH BERI SAYA 1000g GULA. PENIAGA INI MEMANG TAHU SI KAMBING NI LEMAH KIRA-KIRA, DIA PON KATA O.K, TAPI ADA DUIT KA, 1G SAMA DENGAN RM 1, KLAU SERIBU SAMA DENGAN RM 1000, SELEPAS HAMPIR DUA KALI PUSINGAN RODA ALAS BELIAU PON BERKATA SAYA BOLEH BAYAR LEBIH SERIBU TAPI GUNA WANG RUPIAH, KENAPA SOAL PENIAGA TERSEBUT,BELIAU MENJAWAB "TAK TAHU KAH PAK CIK YANG KAT INDONESIA AKAN MENGANJURKAN WORLD CUP TAHUN DEPAN? PENIAGA YANG TERPELENGONG NI PON TERUS PERCAYA, LALU MENERIMA BAYARAN DALAM WANG RUPIAH. URUSAN JUAL BELI PON SELESAI.
KEUNTUNGAN BERPIHAK KEPADA BELIAU( KAMBING). MEMBELI GULA 1000g=1KG, YANG PENIAGA NI OLEH KERANA BUTA SEJARAH, GEOGRAFI SERTA PENGETAHUAN AM TERTIPU DENGAN KAMBING TERSEBUT. HARAP PANDAI MATEMATIK PERTUKARAN UNIT SAJA BAIK TAK PAYAH.
-MORAL YANG DAPAT DIAMBIL IALAH ORANG YANG PANDAI SEJARAH LEBIH TINGGI IQNYA DARI ORANG YANG SUKA MENGUMPAT. TAH, SAYA PON TAK TAU MANA SANGKUT PAUT KENYATAAN TERSEBUT. TANYALAH SENDIRI KEPADA BELIAU( KAMBING)
MACAM MANA YE SAYA NI ye? -IRWAN HADZLY BIN ABD RAHIM
ADA ORANG KATA SAYA BODOH.
TERIMA KASIH, SEBAB ORANG YANG PANDAI SEBENARNYA DIA AKAN MERASA DIRI DIA SEMAKIN BODOH APABILA SEMAKIN BANYAK ILMU. APAKAH SAYA SEMAKIN BANYAK ILMU?
ADA YANG KATA SAYA CAPANG, RAMBUT KERAS, BONGKOK. SEBENARNYA, SEBESAR MANA TELINGA SAYA, BESAR LAGI HARAPAN ORANG YANG INGINKAN KEJAYAAN SAYA. BIAR LA ORANG CAKAP TELINGA SAYA PIRING ASTRO SEBAB HARAPAN KEPADA MEREKA SANGAT KECIL. PEREMPUAN PON SUKA LELAKI BERTELINGA BESAR, BARU KACAK. ADA KATA RAMBUT SAYA KERAS, MESTI TAK BOLEH BUAT RAMBUT MACAM CRISTIANO RONALDO. FAKTA SEBENARNYA, SEKERAS MANA RAMBUT ITU, SEKERAS ITULAH USAHA YANG SAYA USAHAKAN UNTUK BERJAYA SEBAGAI SEORANG HAMBA, ANAK, PELAJAR, PEMIMPIN DAN SEANGKATAN DENGANNYA. ORANG YANG TETAP PENDIRIAN JIWANYA KENTAL, BUKAN MACAM ORANG YANG TAK ADA PENDIRIAN, LANGSUNG TAK ADA NILAI. MANA ADA SAYA BONGKOK. SEBENARNYA KALAU ORANG KATA KITA BONGKOK BUKAN SEBAB KITA TUA, SEBENARNYA KITA DILIHAT BERPENGALAMAN. PENGALAMANLAH YANG MENJADI TANDA ARAS SESEORANG UNTUK MENILAI BAIK BURUK SESUATU PERKARA. KALAU DAH ADA PENGALAMAN, MEMANG HEBAT LA KIRANYA KITA NI. KIRA PENDAPAT KITA DIDAHULUKAN, PANDANGAN BERNAS DARI KITA DIUTAMAKANLAH.
ADA ORANG KATA SAYA KURANG 'HANDSOME', TULISAN BURUK PULAK TU. SEBENARNYA ORANG TU DENGKI KITA. KALAU TAK 'HANDSOME' TULISAN BURUK, MACAM MANA LA GAMBAR KITA BOLEH MASUK MAJALAH SIAP DENGAN ESEI YANG KITA TULIS LAGI KAT MAJALAH FOKUS SPM 5\2008\CETUSAN PENDAPAT, SATU MUKA PENUH PULAK TU. MUKA SAH 'HANDSOME' SEBAB MASUK MAJALAH TULIS MESTI TERBAIK SEBAB EDITOR BOLEH BACA. ORANG YANG KATA TU SEBENARNYA NAK JADI 'COVER' DEPAN AKHBAR TULISAN JAWI TAPI BELUM KESAMPAIAN KOT? KESIAN KAT DIA.
ADA ORANG KATA SAYA JADI PEMIMPIN SEBAB 'BODEK' CIKGU DAN SAYA TAK ADA KELAYAKKAN. ORANG MACAM NI SEBENARNYA KURANG PENGETAHUAN AGAMA. ALLAH TAKKAN BERATKAN SESEORANG DENGAN APA YANG DIA TAK MAMPU. KALAU LA SAYA SUKA 'BODEK' CIKGU, KENAPA ANTARA CIKGU YANG NAK LANTIK SAYA MASA TU SECARA SPONTAN BERTANYA KEPADA SAYA "KAMU KENAL TAK IRWAN HADZLY, SURUH DIA JUMPA SAYA SEKARANG KAT BILIK GURU." TAKKAN CIKGU TU NAK BERLAKON PULAK, CIKGU PON TAK KENAL KITA MANA MUNGKIN SAYA TELAH MEMBODEK CIKGU. SAYA MASA JADI PENGERUSI PENGAKAP PON, ATAS KIRAAN UNDI. JADI KEPADA SESIAPA YANG HEBAT SANGAT, JOM BERTANDING DGN SAYA DI PARLIMEN KULIM. KALAU SETAKAT KRITIK SAJA, LEBIH BAIK MASUK RANCANGAN REALITI TV "ONE IN A FITNAH" ATAU "MALAYSIAN FITNAH IDOL". MUNGKIN ANDA PEMENANG YANG CARI.
ADA ORANG BAGITAU SAYA DIA BENCI SAYA. HAHAHA...DIA TAK TAU KA? BERGEMBIRALAH KALAU 10 ORANG TAK SUKA KAT KITA, SEBAB LUAR DARI SEPULUH ORANG MESTI ADA YANG SAYANG DENGAN KITA, TAPI KALAU SEPULUH ORANG SUKA KITA, KETAHUILAH LEBIH DARIPADA ITU YANG MEMBENCI KITA. SAYA KALAU JUMPA SENIOR ATAU JUNIOR MESTI SEMUA KENAL, ORANG YANG BERKENAAN LINTAS DEPAN MATA PON ORANG BUAT TAK TAU KAT DIA. MORAL OF THE STORY, SUKA BENCI, SAYANG, 'MELUAT' SERTA CINTA ITU SUATU YANG SUBJEKTIF. KESIAN KAT DIA, RUPANYA ORANG TAK INGAT LANGSUNG KAT DIA.
KADANG-KADANG ADA YANG KELUARKAN KATA-KATA KESAT SIAP ISYARAT LUCAH LAGI SEBAB MARAH. WOI..... RASA LA BERDOSA SIKIT DALAM DIRI. NI SAMPAI MENCARUT TU DAH JADI DARAH DAGING. NABI TAK AJAR BENDA MACAM NI, UMAT APA NI? KURANG AJARAN AGAMA ATAU IKUT AJARAN SESAT? BAHASA ITU MENCERMINKAN PERIBADI. KALAU ORANG KATA KAT KITA KATA-KATA YANG KASAR BUAT TAK TAHU SAJA SEBAB DIA TENGAH MENDEDAHKAN KEAIBAN PERIBADI DIA YANG BURUK DIDARABKAN DENGAN DOSA SAMA DENGAN API NERAKA. KATA KAT ORANG RUPANYA BERBALIK KAT DIRI SENDIRI.
Langgan:
Catatan (Atom)