Cari Blog Ini

Selasa, 8 Februari 2011

INDAHNYA SEORANG WANITA- IRWAN HADZLY





DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
ASSALAMUALAIKUM...

INDAH DAN HEBATNYA SEORANG WANITA
IKHLAS SAYA MENULIS DARI HATI NURANI SAYA.

Seorang raja yang hebat tidak akan menangis kerana luka di medan perang, tetapi cukup seorang wanita untuk membuat raja itu mengalirkan air mata. Lihat sahaja bagaimana SHAH JAHAN meratapi kematian isterinya dengan membangunkan Taj Mahal. Sekeras mana pun hati lelaki akhirnya lebur kerana seorang wanita. Asiah isteri firaun berjaya mencairkan kerasnya hati firaun dengan terselamatnya Nabi Musa yang masih bayi daripada dibunuh oleh tentera firaun. Dan bagaimana Herodotus menyatakan “sekiranya hidung cleopatra itu tidak mancung, pasti sejarah dunia akan berubah.” Kerana kecantikan cleopatra dua orang panglima Rom iaitu julius caeser dan mark antony @ marcos antoniuos terkorban kerana cinta.

TETAPI KENAPA???????????????????????????/

1.wanita auratnya terlalu banyak untuk 'ditutup', tidak macam lelaki 'simple' sangat.
2.kenapa wanita hendak keluar rumah perlu minta izin suami, tetapi suami boleh 'lesap' macam tu sahaja tanpa meminta izin isteri terlebih dahulu.
3.dalam pembahagian harta pusaka, wanita dapat kurang, kenapa lelaki dapat lebih?
4.kalau dalam bab melafazkan talak, suami ada kuasa veto, perempuan tidak.
5.Perempuan bertarung nyawa untuk melahirkan anak, kenapa anak itu dibin atau dibintikan dengan nama ayah tapi bukan ibu?
6.ini baru sikit ada banyak lagi.

Wahai sekaian wanita, hari ini SAYA akan mencerikan hakikat disebalik itu. Suatu yang tidak diketahui atau sesuatu yang telah dilupai:-

1.Kenapa aurat wanita banyak yang perlu ditutup.? Ditutup di sini saya terjemahkan kepada dijaga. Cuba bandingkan sepasang selipar jepun dengan seutas rantai berlian pusaka. Selipar jepun pastinya kita akan campak diluar rumah tanpa kita hiraukan hujan atau panas. Kerana apa? Kerana ia sesuatu yang tidak langsung berharga. Tetapi renungkan seutas rantai berlian pusaka. Kita pasti sanggup untuk mempertahankan ia walau dengan nyawa sekalipun sekiranya ada pihak yang hendak meragutnya daripada kita. Begitu juga halnya dengan aurat wanita. Ia ibarat sesuatu yang bernilai. Sesuatu yang perlu dijaga dengan serapi mungkin. Suatu yang indah dan 'exclusive' untuk tatapan tertentu sahaja. Kerana auratmu begitu berharga, maka sebab itulah ia perlu pengawasan lebih daripada lelaki. Tetapi setiap kita yang akan memilih sama ada untuk menjadikanya selipar jepun atau seutas rantai berlian untuk dijaga sebagai pusaka.
2. lelaki keluar rumah boleh tanpa kebenaran isteri, apakah sebagai perempuan dan juga seorang isteri anda tidak sama taraf. Persoalan saya di sini, Sekiranya anda seorang ibu, berapa kalikah anak anda perlu mentaati anda berbanding suami anda.? Jawapannya adalah tiga kali. Lelaki wajib mentaati ibunya 3 kali lebih utama berbanding bapanya. Anda sebagai wanita lebih utama 3 kali berbanding lelaki. Apakah ini tidak cukup pada perkiraan anda?
3.lelaki menjuarai dalam pemilikan harta pusaka. Pernahkah anda mendengar antara zahir dan hakikat. Jadi, apakah hakikatnya di sini? Saya terangkan kepada anda. Perempuan walaupun mendapat sedikit dari harta pusaka, tetapi harta itu ialah miliknya, berbanding lelaki, walaupun banyak yang diperoleh, wajib keatasnya menggunakan untuk menyara isteri serta keluarganya. Apakah pada fikiran anda pada ketika ini masih lagi meragui keindahan menjadi seorang islam serta wanita?
4.Lafaz talak itu memang benar kuasa seorang lelaki. Lelaki kadang- kala beremosi dan langsung mengecewakan kesetian seorang isteri, tetapi fahamilah menjadi seorang lelaki serta seorang suami merupakan suatu tanggungjawab yang sangat berat. Kenapa saya berpendapat sedemikian? Di akhirat nanti, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya( adik beradik perempuan). Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Alangkah indahnya seorang perempuan kerana bukan seorang, tidak juga dua, tiga pun tidak, tetapi 4 orang yang akan bertanggungjawab sekiranya anda melakukan sesuatu dosa.
5.perempuan terpaksa bertarung nyawa ketika ingin melahirkan anak. Sebelum itu juga permpuan terpaksa melalui proses mengandung. Setiap saat begitu tidak menyelesakan. Tetapi apakah anda sebagai wanita tidak mengetahui, setiap saat seluruh makluk ALLAH di bumi serta dilangit mendoakan anda para wanita yang bersalin. Sekiranya anda meninggal semasa melahirkan anak, pasti pahala syahid milik anda dan sudah mutlak tempat anda di syurga yang kekal abadi.

Sebagai penambahan Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang diingininya, cukup dengan 4 syarat , iaitu : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya, dan menjaga maruah diri. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setaraf seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Maha suci ALLAH. Bertapa kasihnya ALLAH pada wanita.
Sekiranya ini belum cukup memuaskan anda para wanita, saya sertakan beberapa lagi keistimewaan anda sebagi seorang wanita;

1.Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh

2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali

3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti
menyapu lantai Kaabah di Baitullah

5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt
akan berkatkan rezekinya

6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh
binatang tersebut dengan doa keberkatan

7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang
dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang
mereka dengan pandangan penuh rahmat

8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya
melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad

9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat
pahala 12 tahun solat tanpa henti

10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat
pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh
maka akan mendapat pahala 7 tola perak

11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari
dan beribadat sepanjang malam

12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil

13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan
puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan
beri satu pahala ibadat Haji

14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia
akan dikira mati syahid

15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya
sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis
susu yang diberinya

16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang
menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan
puasa tanpa henti

17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun,
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib
untuknya

18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti
memerdekakan 20 orang hamba

19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika
meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan
mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang
dikehendakinya

20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya;
i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya
ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat
iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari
iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat
daripada permata yaqut .

Sekian saya menulis.-IRWAN

Tiada ulasan: