Cari Blog Ini

Sabtu, 7 Mei 2011

CERITA HARI IBU: "DIA MEMANG SEORANG IBU". SEMOGA ANDA MENIKMATI SYURGA YANG ABADI.





PETIKAN DARI MINGGUAN MALAYSIA.
KUALA KRAI 7 Mei - Seorang jiran melihat api menyambar bahagian belakang badan dan kepala Allahyarham Rafidah Ismail, 36, ketika wanita itu bertungkus-lumus mengeluarkan tiga anaknya dari dalam rumah mereka yang terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut Hasnah Mahmood, 34, yang sarat mengandung sembilan bulan, dia menyaksikan perkara tersebut ketika membantu mengeluarkan anak sulung mangsa, Rashidah Illyana Zamri, 7, iaitu yang terakhir dikeluarkan dari tingkap.
"Hanya Tuhan yang tahu dari mana datangnya kekuatan untuk Rafidah membengkokkan besi jeriji tingkap bagi mengeluarkan tiga anaknya itu.
"Ketika itulah saya nampak api sudah sambar belakang dan kepala arwah semasa dia mengeluarkan anaknya yang terakhir iaitu Rashidah.
"Anak pertama dikeluarkannya ialah yang bongsu diikuti anak keduanya. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya untuk menggambarkan suasana itu," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang wanita sanggup bergadai nyawa memecahkan kaca tingkap rumah dan mengumpul kekuatan membengkokkan jeriji besi untuk membolehkan tiga anak kecilnya keluar ketika kediaman mereka terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai.
Namun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, nyawa Rafidah, jururawat di Hospital Kuala Krai, menjadi galang gantinya apabila dia sendiri rentung setelah gagal menyelamatkan diri. Mayatnya ditemui dekat pintu utama rumah teres itu.
Ketiga-tiga anaknya, Rashidah; Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, selamat setelah disambut oleh jiran sebelah rumah dari tingkap kaca yang dipecahkan mangsa.
Hasnah yang merupakan guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berkata, ketika kejadian dia sedang memeriksa tugasan murid bersama anaknya di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah yang kuat dari rumah mangsa.
"Saya bergegas keluar ke rumah Rafidah untuk melihat apa yang berlaku. Rafidah dengan nada cemas berkata, tolong Kak Dah, rumah akak terbakar!
"Saya kemudian membantu dia mengeluarkan anaknya satu persatu. Saya hanya menyambut anaknya yang bongsu sedang dua lagi anak mereka boleh keluar sendiri dan saya hanya menarik mereka menjauhi rumah.
"Ketika itu saya cuba menenangkan arwah untuk mencari kunci rumah. Saya sempat minta arwah bertakbir dan bertenang namun dia tidak menemui kunci itu," katanya



NI BARU SATU CERITA, ADA BANYAK LAGI, ADA YANG TERPAKSA MASAK BANGKAI(JUMPA DI TEPI JALAN) UNTUK BAGI MAKAN UNTUK ANAK-ANAK( BUKAN DI M'SIA)

Selasa, 26 April 2011

PERSOALAN PUASA

bagi wanita, kalau uzur ketika solat x perlu ganti krn ALLAH bagi abc(ALLAH bagi cuti). berlainan ketika puasa, ibadah puasa tersebut perlu diganti. biar betul......nak puasa 6 lagi.........pening la.
sebenarnya ada 3 pendapat drpd ulama' untuk puasa 6 ini.
cara 1.
- niat puasa ganti dan puasa 6 dlm satu niat tetapi didahulukan dgn niat puasa ganti dan diserti niat puasa 6, secara automatik puasa ganti itu akan dikira dgn puasa 6.
cara 2.
-buat puasa 6 dulu kerana puasa 6 hanya boleh dibuat dalam bulan syawal sahaja. selepas itu baru la buat puasa ganti kerana ia boleh dibuat bsepanjang tahun hingga bulan puasa tahun seterusnya.
cara 3.
buat mana2 puasa dulu dlm dlm bulan syawal, kemudian sambung puasa seterusnya dalam bulan syawal juga.x kisah puasa 6 atau atau ganti dulu, yg penting sempat dlm bulan syawal ni

klau ada apa2 kemuskilan msj saya.
semoga dpt sama2 kita melaksanakan ibadat sunat serta fardhu dgn sebaiknya kpd ALLAH.
-IRWAN HADZLY BIN ABD RAHIM

CERITA SEJARAH YANG TAK BERSEJARAH

*
o
Copy dr kawan saya

1508: Alfonso de al buqurque
menyampaikan hasratnya kepada Raja
portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke
Asia Tenggara ( Melaka pusat
perdagangan asia tenggara ketika itu)
dan juga laluan penting perdagangan
timur barat. Raja Portugis bersetuju
untuk menyediakan kemudahan bala
tentera 158 biji kapal, 15300 (
anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke
Melaka untuk megetahui keadaan
kekuatan pertahanan disana


Oct 1511: Alfonso berjaya menawan
Melaka setelah berhempas pulas melawan
5 pahlawan melayu terhandal (Hang
Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang
Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah
mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk
menawan Melaka serta berlawan dengan 5
Hang bersaudara, mereka perlu mendapat
askar tambahan setelah 15k askarnya
terkorban dalam pertempuran selama 6
hari itu dengan 5 Hang
bersudara..akhirnya dapat juga menawan
Melaka setelah hampir kecewa dan putus
asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian
Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya
ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang
ketika itu adalah pusat pegeluaran
tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke
perlis, kedah dan pulau pinang un tuk
mengetahui kekuatan bala tentera di
sana mengikut sejarah, perisiknya
telah ke kedai kopi sekitar untuk
mendapat segala maklumat yang
diperlukan.. .

Seminggu selepas

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka
untuk memberitakan hasil risikan
kepada Alfonso Di bawah adalah
perbualan percakapan antara perisik
dengan Al fonso yang selama ini cuba
disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan
(sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan
saja niat tuan untuk menawa Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka
itu..? ( dengan nada marah dan
bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang
mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu pun kita
kehilangan hampir 15k bala tentera,
inikan pula kita nak menawan Perlis,
Kedah dan P.Pinangyang mempunyai
beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa
khabaq, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu
bapak hang,mak hang, adik hang, tok
hang
macam macam lagi hang ada kat
sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso
pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5
pahlawan melayu Melaka amat
ngeri......ini kan pula nak berhadapan
beribu ribu hang kat situ.

Sabtu, 19 Februari 2011

PERJUANGAN BELUM SELESAI




“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

BANGSAKU, JANGAN TINGGALKAN 'MELAYU' YANG DULU

Sajak “Melayu” oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi



Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

SETIAP KITA ADA IBU- IRWAN HADZLY




MAK !!!!

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Selamat Hari Ibu..