Cari Blog Ini

Isnin, 7 Februari 2011

TERSENTUH TANPA 'disentuh'- IRWAN HADZLY





DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Assalamualaikum....

TERSENTUH TANPA DISENTUH...

Di dalam beberapa keadaan, kita seakan 'tertampar' tanpa ditampar. Kita mungkin 'tertipu tanpa ditipu. Ada juga keadaan kita marah tanpa dimarah dan mungkin juga kita memukul tanpa dipukul.

Tetapi semua yang di atas adalah berbeza sama sekali dengan “Tersentuh tanpa disentuh.” Mengapa?

Kerana sesuatu yang tidak sama tidak akan sama dengan sesuatu yang sama. Daripada kecenderungan itu juga, sama tidak sama dengan perkara yang tidak sama walaupun sebutannya adalah sama dan mungkin juga hampir sama. Persamaan itu tidak menunjukkan maksud yang sama kerana sememangnya kedua-duanya tidak sama kerana yang tidak sama ialah maksudnya.

Sekiranya anda berasa keliru, sebenarnya anda telah “terkeliru tanpa dikelirukan.”

Saya akan berikan beberapa contoh berkaitan dengan “tersentuh tanpa disentuh”.

1)Seorang anak kecil di dalam buaian, tiba-tiba terjaga dari lenanya. Anak kecil itu mula menangis. Seorang ibu muda mula melagukan selawat dengan penuh kesyahduan dari dapur ketika dia menyediakan masakan untuk suami yang bakal pulang dari kerja. Suara si ibu mulai didengari oleh bayi lelaki itu dari dalam buaian. Tiba-tiba anak kecil itu berhenti menangis. Sebenarnya, anak kecil itu merasakan suara ibunya itu umpama sentuhan ibunya semasa hendak menidurkan dia seketika tadi. Bayi ini sebenarnya telah “tersentuh tanpa disentuh”.
2)Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akbar beberapa hari selepas bencana Tsunami melanda pada tahun 2006, beberapa orang pencuri telah berjaya memecah masuk sebuah rumah di ibu kota. Ketika sedang mengikat ahli isi rumah tersebut, seorang daripada pencuri bertanya apa yang ada di dalam sebuah beg plastik yang besar di satu sudut rumah tersebut. Seorang daripada mangsa menberitahu itu merupakan baju yang akan dihantar ke Acheh untuk diberikan kepada mangsa tsunami di sana. Tiba-tiba, semua pencuri tersebut menangis. Dalam keadaan teresak-esak menangis, salah seorang daripada mereka menyatakan mereka semua dari Indonesia dan tidak mengetahui apakah ada antara mangsa adalah keluarga mereka. Mereka memohon maaf berkali-kali sebelum melarikan beberapa barangan berharga tetapi meninggalkan beg plastik yang mengandungi pakaian tersebut.
3)Gempa bumi yang dasyat telah melanda wilayah bergolak kasmir yang terbahagi kepada dua bahagian, sebuah bahagian ditadbir india dan sebahagian lagi tadbir pakistan. Seorang wartawan dari TV3 telah ke wilayah tersebut. Apabila sampai di sebuah kawasan pendalaman di wilayah tersebut suatu yang peristiwa telah menyentuh perasaan wartawan tersebut, apabila orang tempatan mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, seorang orang lelaki yang berjambang dan tua berlari kearah rombongan dari Malaysia tersebut dan dengan wajah gembira lelaki tersebut berulang kali menyebut Malaysia...Mahathir...Malaysia... Mahathir, walaupun kawasan tersebut bergunung-ganang, tiada siaran televisyen tetapi mengenali mantan Perdana menteri tersebut dan negara Malaysia. Wartawan tersebut ternyata telah “ tersentuh tanpa disentuh.”
4)seorang ibu menceritakan semula pengalaman beliau bersama mantan perdana menteri Malaysia, Tun abdullah semasa lawatan mantan perdana menteri itu di sebuah sekolah. Semasa beramah mesra dengan Tun, ibu tersebut memberitahu bahawa anaknya susah hendak ke sekolah. Tun berseloroh dengan pelajar lelaki tersebut bahawa kalau dia tak mahu ke sekolah, Tun hantar dia ke afrika. Selepas kejadian tersebut pelajar itu tidak lagi bermasalah untuk ke sekolah. Pelajar tersebut benar-benar tersentuh tanpa disentuh.
5) Satu Pasangan suami isteri di Indonesia telah bepuluh-puluh tahun bekerja mengutip sampah untuk dijual telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk menunaikan haji. Tetapi suatu hari jiran berdekatan rumah mereka telah mengalami bencana. Rumah ibu tunggal beranak lima itu habis hangus terbakar. Kerana simpati dengan nasib jiran mereka itu, pasangan pengutip sampah itu menyerahkan semua wang mereka yang dikumpulkan selama berpuluh-puluh tahun untuk menunaikan haji kepada ibu tunggal tersebut. Berita tentang perkara itu telah sampai ke pengetahuan seorang jutawan yang dermawan di negara tersebut dan beliau menaja pasangan pengutip sampah itu untuk menuanikan rukun islam yang ke lima itu. Jutawan itu juga “tersentuh tanpa disentuh.”
6)Seorang pelajar lelaki yang nakal dan sering lari dari sekolah ini juga telah mengalami “tersentuh tanpa disentuh.” Suatu malam, ketika hendak tidur, pelajar nakal ini telah terdengar perbualan di antara ibu dan bapanya yang terpaksa menjual basikal yang setiap hari persekolahan basikal itu akan ditunggang dan oleh ayahnya untuk menghantarnya ke sekolah semata-mata untuk membeli susu bagi adiknya yang masih bayi. Mulai saat itu dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya kini beliau telah bergelar seorang doktor.

Dalam jangka masa hayat anda sehingga hari ini, pernahkah anda “tersentuh tanpa disentuh”?
Nota-cerita pertama adalah kebiasaan seorang bayi yang masih kecil.
-cerita yang ke-2 hingga ke-6 merupakan kisah benar.

Tiada ulasan: